Monday, 28 March 2011

Biskut Kelapa


Resepi from: http://resepi.mesra.net/Detailed/1487.shtml

Bahan-Bahan:
125 gm tepung gandum
sedikit garam
60 gm marjerin
45 gm gula halus
30 gm kelapa parut
1 biji telur kuning
2 sudu air
½ sudu esen vanila
Cara:
Sediakan dulang pembakar & ketuhar. Griskan dulang pembakar. Atur tetingkat & panaskan ketuhar 180'c. Sediakan biskut. Gaulkan & ramas marjerin ke dalam tepung di dalam mangkuk adunan. Masukkan gula, kelapa parut kering & kacau rata-rata. Masukkan campuran kuning telur & uli hingga doh menjadi pejal. Uli doh perlahan-lahan di atas papan canai ditabur dengan tepung. Canai pestri setebal 3 mm & potong kepada bentuk yang dikehendaki. Alihkan biskut ke atas dulang pembakar dengan pisau meja atau pisau pelepa. Cucukkan biskut dengan garpu supaya bercorak-corak. Sapukan biskut dengan putih telur & taburkan kelapa parut yang kering diatasnya (jika suka). Bakar selama 20 minit di dalam ketuhar yang sederhana panas. Sejukkan & hidangkan di dalam pinggan bulat atau simpan di daalm tin yang kedap udara.

Almond Brum


Resepi from: http://www.myresipi.com/top/detail/422

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat masakan

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Cornflakes with Honey & Walnut
















Own Recipe


Bahan-Bahan:
3/4 pack cornflake
8 tsp honey
1 cup walnut
1 cup dates
1 cup cherry
1 cup raisins

Cara:
1.campurkan semua bahan tersebut dan kacau sehingga sebati.
2.masukkan adunan tadi ke dalm paper cup dgn menggunakan sudu.
3.bakar ada suhu 120C selama 10minit

Biskut Badam




Resepi diadaptasi from: http://resepi.mesra.net/Detailed/25.shtml

Bahan-Bahan:
Mentega 125 gm
Gula aising 60 gm
Kuning telur 1 biji
Badam kisar 50 gm
Tepung gandum 200 gm
Badam berkulit di potong dua 100 gm
Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur pukul hingga sebati. Campurkan badam kisar diikuti dengan tepung gandum. Uli sebati canai & terap. Sapu dengan kuning telur & hiaskan dengan badam bakar hingga masak. Hias mengikut kegemaran anda atau dengan coklat cair.
Tambahan:
Masa membakar 15 minit
Suhu ketuhar 160'C
Jumlah biskut 26 keping

Trifle


Semalam rasa nak makan trifle so buatla 4bekas plus 2 bekas kecik... Alhamdulillah berjaya dan mendapat pujian daripada pengkritik tetap saya yang sungguh jujur orangnya tu.. so inilah dia... Gambar tak berapa cantik sebab diambil oleh pengkritik yang memang tak sabar nak makan... tengah pulak tu dah masuk waktu berbuka, apapun seperti namanya juga Trifle ianya terbahagi kepada 3 lapisan ;
  1. Lapisan paling bawah ialah jelly perisa strawberi yang memang beli di pasaraya Pak masa tu belum fikir lagi nak buat apa..... untuk melengkapkan citarasa sendiri, saya sengaja menambahkan roti(yang dibuat semalam-seperti dalam entry sebelum ini) dibahagian paling bawah.
  2. Lapisan kedua pula ialah custad ready made punya yang juga terbeli tapi di pasaraya Tesco kat city ... so tak de la payah sangat nak buat sendiri ....he he.. memang malas nak buat ...sebelum ni pun memang tak pernah buat ... makan yang suami buat adela... he he..
  3. Dan lapisan paling atas pulak ni memang mencabar untuk buat ni sebab memerlukan kemahirann yang sangat tinggi untuk piping double cream... ni memang suka buat walaupun payah dan memang leceh tapi sebab suka buat so buat la.. Bahan2 tak payah mana cuma perlukan double cream ,lemon jus and caster sugar. All of them mix together.. ni memang kene pukul sampai pekat( nasib baik husband beli mixer yang sungguh mantap sekejap je dah siap dan tak perlu guna tangan yang penting..). Selepas tu barulah proses piping... buatla bentuk bunga so itulah dia..... Rasanya yang cukup memuaskan hati... InsyaAllah akan buat lagi....

Keish ( Quiche )


I love Quiche ( keish) because it's easy to make and the taste is so lovely.. I made many version before but honest I love the veggie one! so here the recepe..

For the crust, just need flour, butter, salt and water OR you can buy ready made one.. easy!
Ingredient for filling, you can put anything you like, like my version so simple and easy..
Just combined eggs, garlic, red onion, a little olive oil, milk ,pepper, black pepper, a bit salt, origano, parsley ( fresh one is better), mild Cheddar Cheese, spring onion, mushrooms and tomato. Pour the mixture on the crust( pie pastry) and bake for about 35 minutes.. Serve






ENJOY

Tu'ke



My mum's ikan bakar


Resepi istemewa yang direka khas untuk santapan seisi kluarga tercinta....



ikan segar yang telah siap dipotong dan dibersihkan ( ikan ni adalah ikan yang terbaik untuk selera kami) ~baby pari




oppss belacan missing!!




ditumbuk/kisar halus( tambah cili boh selepas blend)




Ditumis sampai masak/ merah ~ jangan lupa menambah garam, gula(jika suka) dan bahan perisa bg yang menggunakan bahan perisa....mmm bagi kami bahan yang segar sudah cukup, tidak perlu lagi menambahkan bahan perisa.. Rempah(bahan) yang ditumis boleh disimpan didalam bekas kedap udara atau peti sejuk untuk kegunaan pada masa akan datang~ boleh di simpan sehingga sebulan bergantung kepada keadaan cuaca dan kebersihan semasa proses penyediaan.




Lumur pada ikan dan perap seketika ( boleh di bakar didalam oven atau dalam kuali, alumminium foil boleh digantikan dengan daun pisang sekiranya menggunakan kuali)


Selepas dibakar sampai masak bolehla dihidang dan dimakan bersama nasi atau roti...

Tips: Masaklah dengan penuh senyuman ikhlas.. baru sedap!


By Rose