Friday 11 November 2011

Ikan Cencaru Sumbat...

Saya selalu buat ade dua jenis, inti kelapa dan inti cili sahaja..

Bahan2 hampir sama cuma tambah kelapa parut (desicated coconut) kalo nak buat inti kelapa

Bahan2 untuk 2 ekor ikan(saiz besar)..

Ikan disiang dan dibelah belakang, bersihkan dan remdam dalam air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir..

1biji bawang besar (atau 5biji bawang merah)
4 ulas bawang putih
4biji cili merah
4biji cili api
2 batang serai
sedikit kunyit
2daun limau purut
sedikit belacan..
sedikit serbuk cili atau cili boh/cili kering

Kesemua bahan2 dikisar.. Masukkan garam, kelapa parut ( kalo rasa nak yang ade kelapa).. masukkan dalam ikan dan perapkan seketika.. Selepas agak2 dah meresap sikit dalam ikan bolehla digoreng dengan sedikit minyak atau di masukkan ke dalam oven.. sampai masak.. Boleh la hidang dan dimakan bersama nasi panas..