Friday 6 January 2012

Nasi Kerabu




Hari tu malas nak buat ayam percik , buat sambal sotong je... jadila nasi kerabu dengan sambal sotong...okla .. mana nak cari orang jual nasi kerabu kat sini, jumpa cari bahan2 tu pon dah kira bertuah.. Ni ha resepinya..

Untuk nasi;

Beras, serai dan daun limau purut. buat macam masak nasi biasa..

Untuk Ulam2;

Saya guna timun, taugeh dan daun kesom je.. kebetulan stock tu je yang ada untuk hari tu.. Timun dipotong memanjang dan daun kesom dicincang halus.. Gaul la sekali dengan taugeh.. siap..

Untuk Sambal Ikan;

Rebus ikan sampai masak, ambil isi sahaja.. Kisar 1/2 bawang besar dan gaulkan bersama dengan ikan dan kelapa parut..Masukkan sedikit lada hitam dan garam.. Goreng atas api sederhana kecil sampai kering..

Telur masin rebus, belah dua..

Tak de budu, tapi kita makan dengan cencaluk.. Tumis 1bawang besar, 1ulas bawang putih,3cili padi, dan 1batang serai( semua dipotong halus).. sampai naik bau, masukkan cencaluk.. Sebelum makan tambah perahan limau nipis..

Goreng Ikan bilis, kacang dan keropok... Siap.. Ni la versi saya yang serba kekurangan ni.. bolehla hilangkan kerinduan kampung halaman.. :)