Thursday 19 May 2011

Hainan Chicken Rice

Nasi Ayam Hainan...Chicken broth is missing in this picture...

Sorry la erk adik2 ku sayang lupa nak letak sup&nasi masa ambik gambar ni... huhu.. xpe bila buat sendiri nanti mesti puas hati air tangan sendiri.. cuba k!

Untuk Ayam:
1 ayam yg telah siap dibersihkan
1 inci halia diketuk
2 ulas bawang putih diketuk
garam

Masukkan halia, bawang putih, dan garam dalam perut ayam, letakkan ayam dalam periuk besar dan isikan air sehingga menutupi ayam. Biar dalam api sederhana sampai ayam masak lebih kurang 30-40 minit bergantung kepada saiz ayam.. Bila ayam dah masak keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas yang berisi ais ( untuk mencantikkan kulit ayam) ,toskan dan perapkan ayam dengan minyak bijan.. Bila nak hidang nanti masukkan ayam dalam oven seketika untuk mendapatkan warna kulit yang cantik dan sedikit kekuningan( ni tak nak tak pe) :) simpan air rebusan untuk masak sup dan nasi..


Untuk nasi:

4 cawan beras, sedikit minyak dan margerin/butter, bawang putih,halia kulit kayu manis(dan rempah ratus lain jika suka) sikit je la..


Bersihkan beras. Panaskan minyak dan margerin dalam kuali, masukkan bawang putih yang dihiris halus, rempah ratus,kulit kayu manis, dan halia yang dimayam halus. Tumis sehingga naik bau.. Kemudian masukkan bahan yang ditumis kedalam periuk beras yang telah dibersihkan tadi..masukkan air rebusan ayam tadi secukupnya untuk masak nasi sampai masak..


Untuk Sup:

Air rebusan ayam, 1paket sup bunjut,3ulas bawang merah(kisar) , halia dan 1bawang putih (kisar) ,garam, daun sup, kentang dan lobak merah atau kubis etc (jika nak letak), bahan perisa/kiub pati ayam jika suka..

Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia,dan sup bunjut sampai naik bau, masukkan air lebihan rebusan, garam dan bahan perisa dan kentang.. bila agak2 kentang dah agak lembut, masukla kubis atau lobak merah kalo nak letak. Biarkan lembut baru tutup api. Bila nak makan hidangkan bersama hirisan daun sup.


Untuk sos cili:

4ulas bawang putih, 1biji tomato, 5 cili besar, air perahan limau nipis ( boleh tukar dengan cuka kalo suka), gula dan garam secukup rasa..

Bahan diatas diblender.


Untuk sampingan/ulaman:

1 batang timun, 2biji tomato, salad (dihiris), bawang goreng ( ditabur ats nasi dan sup), minyak bijan/bijan (ditabur atas ayam selepas dipotong~ni untuk mencantikkan saje, tidak menganggu rasa.. )


P/s: sorry la erk.. lama dah tak susun ayat dalam bahasa melayu.. serabut beno rasa ni, hari tu siap ade yang ketawa lagi, "aik gentel??? bukan bulatkan ker..weird la".

2 comments:

  1. Best sgt ni :-).

    ReplyDelete
  2. sy suka nasi ayam hainan ni, susah skit nk buat tapi rasa dia tak mengecewakan la.. hehe :)

    ReplyDelete