Tuesday 21 June 2011

Kek coklat moist



Walaupun rupanya tak mengiurkan tapi rasanya memang sedap.. hehe ni kerja anak2 la.. katanya nak buat kejutan untuk ayah ala2 "welcome home" kek gitu, hrtu ayah pegi Barcelona 6hari.. asal plan diorang nak buat tapi sebab mak malas nak bersih2 lepas buat tu jadi mak buatla kek, anak2 pulak yang hias.. tahu je la kalo 5 dengan 3 tahun yang buat kek... boleh bayangla sepahnyer kan..ok la.. ni resepinya untuk mak teh and mak gie.. sorry la banyak kali dah buat tapi malas nak update... cuba tau.. jangan malas2..

bahan2:

175g tepung naik sendiri*
175g serbuk koko*
1 sudu baking powder*
6 biji telur
300g gula halus
350 g mentega/butter
1 sudu esen vanilla
100g coklat masakan (parut)

bahan yang bertanda * diayak..

Cara-caranya..

Pukul telur, gula dan mentega sehingga kembang... Masukkan esen vanilla dan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sehingga habis (sekiranya aduanan menjadi sedikit keras tambah sedikit susu cair/air panas) ... Masukkan coklat masakan yang telah diparut, gaul sebati dan masukkan adunan ke dalam loyang .. Bakar di dalam oven pada suhu 190degreeC dalam lebih kurang 40 minit atau sehingga kek masak... Sejukkan .. Untuk topping, coklat masakan dicairkan dan sapukan atas kek, hias sesuka hati... :)






No comments:

Post a Comment